Pas beri alasan tak tahu penceramahnya ingkar titah Sultan Perak

Pas beri alasan tak tahu penceramahnya ingkar titah Sultan Perak

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, mendakwa dia tidak tahu-menahu ada anggota parti itu mengingkari titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dengan mengadakan ceramah politik di masjid dan surau negeri itu.

Katanya tidak ada sebarang maklumat mengenai isu berkenaan disampaikan.

Alasan Razman, mengikut program yang disusun PAS, tiada ada disertakan aktiviti berkempen di surau atau masjid.

“Saya tak tahu dan tak dapat maklumat mengenai perkara itu, sebab ikut (agenda kempen rasmi) PAS tidak ada kempen di surau,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Bagaimanapun exco kanan Perak itu berkata jika ada individu yang berceramah politik di masjid atau surau, soalan berkenaan wajar ditanyakan terus kepada orang berkenaan.

“Tapi kalau penceramah itu bukan jemputan khas, kena tanya dialah, sebab dalam program kita dia tak ada,” katanya.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak itu berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan seorang penceramah PAS yang tular.

Berdasarkan satu klip video pendek penceramah terbabit, Abdullah Khairi, mengaku menggunakan masjid sebagai tempat menyebarkan kempen politik untuk memenangkan calon BN Mohd Zaidi Aziz.

Pada ceramah itu juga, Abdullah – yang mengakui pandai menggunakan psikologi – membuatkan orang ramai yang hadir “teghiak” (menangis) sebelum pada akhirnya berpesan kepada hadirin agar memangkah Mohd Zaidi.

Untuk rekod pada Mei 2019 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pernah menitahkan agar tiada sebarang ceramah atau program politik diadakan di masjid dan surau di negeri itu.

Malah baginda menitahkan agar pengerusi jawatankuasa masjid dan surau yang membenarkan premis mereka digunakan untuk program parti politik agar digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol menegaskan PAS Perak sememangnya patuh kepada titah Sultan Perak.

“Sebab di Perak kita patuh kepada arahan tuanku, memang di Perak dari mula arahan tuanku kita dah patuh.

“Jadi, tak timbul isu ingkar arahan sultan sebab kita di Perak memang patuh arahan tuanku,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )