Selepas jadi kerajaan, Pemuda Pas sokong sekolah vernakular terus dibuka

Selepas jadi kerajaan, Pemuda Pas sokong sekolah vernakular terus dibuka

Pemuda Pas menyokong supaya sekolah vernakular terus dibuka tetapi berharap pendidikan dan pembelajaran bahasa kebangsaan Bahasa Malaysia akan diperbaiki lagi.

Ini selepas Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal bertegas mahu sekolah vernakular dihapuskan secara berperingkat, mendakwa ia rata-ratanya gagal menghasilkan murid yang kental jati diri nasional.

Ketua Pemuda Pas Khairil Nizam Khirudin ketika berucap pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur, semalam, memuji Wan Fahysal “yang paling berani” dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Khairil yang bertanding di Gombak dan kalah besar ketika PRU14 berkata pendirian beliau dan sayap Pemuda Pas mengenai isu sekolah vernakular tidak berubah sejak dua tahun lalu.

“Sekolah itu sudah ada, biarlah buka. Cumanya kita perlu meletakkan pemerkasaan kualiti pendidikan kebangsaan dan kemenjadian (kejayaan) murid di dalam sekolah vernakular.

“Yang sedia ada, sedia ada lah. Takkan kita nak roboh yang sedia ada, sekolah vernakular, SRJK.

“Sebab itu pada pendapat Pemuda Pas, sekolah-sekolah ini perlu mengadaptasi kualiti sistem pendidikan negara dan sekiranya perlu untuk perkasakan lagi, silakan,” katanya, lapor Malaysiakini.

Turut menyampaikan ucapan dalam konvensyen itu adalah Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin serta Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Presiden dan ketua pemuda Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dijadual berucap bagaimanapun tidak hadir.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )