Veveonah, mangsa keceluparan timbalan menteri

Veveonah, mangsa keceluparan timbalan menteri

  1. Wanita Muda Amanah menyifatkan tindakan Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia memfitnah Veveonah hanya ingin meningkatkan ‘rating’ Youtubenya sahaja dan menuduh Veveonah menipu adalah suatu tindakan yang menjelikkan.
  2. Sebagai seorang Timbalan Menteri, sepatutnya beliau memfokuskan untuk meningkatkan dan memperluaskan rangkaian internet di Sabah bukannya menuduh seorang pelajar dan anak muda menipu mengambil peperiksaan di atas pokok kerana ingin dapatkan sambungan internet yang lebih baik.
  3. Tiada alasan Timbalan Menteri dapat maklumat yang salah. Apabila kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh Timbalan Menteri, ianya memberikan refleksi kepada kualiti kerja Kementerian serta menjejas imej Kementerian Komunikasi & Multimedia secara keseluruhan.
  4. Selama ini Kementerian Komunikasi mempromosikan untuk meneyebarkan berita yang benar dan memastikan maklumat yang diterima sahih. Ironinya, menurut Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi, Kementeriannya sendiri tidak dapat membekalkan maklumat yang sahih kepada beliau.
  5. Adalah wajar Zahidi meletak jawatan memandangkan beliau telah menjadi liabiliti kepada Kementerian Komunikasi & Multimedia.

Wanita Muda Amanah
(Warda Nasional)

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )