Bersatu lantik Azmin, Zuraida Ahli Majlis Tertinggi

Bersatu lantik Azmin, Zuraida Ahli Majlis Tertinggi

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin melantik ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti itu.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Yusof yang sebelum ini tewas dalam pemilihan parti turut dilantik sebagai ahli MPT.

“Turut diberi kepercayaan oleh Muhyiddin untuk menggalas tugas sama adalah ahli Parlimen Mersing Abdul Latiff Ahmad, bekas exco Selangor Abdul Rashid Asari dan Dr Muhammad Faiz Na’man,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dikekalkan kedudukannya dalam parti sebagai setiausaha agung, manakala Mohamed Salleh Bajuri pula dilantik sebagai bendahari dan Wan Saiful Wan Jan ketua penerangan PPBM.

Muhyiddin turut melantik ketua dan timbalan ketua PPBM negeri, dengan memilih Hamzah sebagai ketua PPBM Perlis, Mohd Suhaimi Abdullah (Kedah), Ahmad Faizal Azumu (Perak dan Pahang) serta Shabudin Yahaya (Pulau Pinang).

Di Selangor, Abdul Rashid Asari mengekalkan kedudukannya sebagai ketua PPBM negeri itu, Muhammad Suhaimi Yahya (Wilayah Persekutuan), Mohd Rafiz Naizamohideen (Melaka).

Kamarudin Md Nor dilantik sebagai ketua PPBM Kelantan, Razali Idris (Terengganu), Hajiji Mohd Noor (Sabah) dan Jakiri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak).

Manakala, Muhyiddin sendiri turut menggalas tugas sebagai ketua PPBM Johor dan pengerusi biro politik parti itu. Faizal turut dilantik sebagai pengerusi biro pengurusan manakala Ronald Kiandee dilantik sebagai pengerusi biro pilihanraya dan kajian.

Menteri Kanan Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin dilantik sebagai pengerusi biro latihan dan perkaderan, manakala Rafiq turut dilantik sebagai pengerusi biro penambahan ahli dan cawangan serta Shabudin sebagai pengerusi biro agama.

Azmin pula turut dilantik sebagai pengerusi biro antarabangsa dan ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed sebagai pengerusi biro ekonomi.

Sumber: FMT

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Berita penuh : https://perakinsights.com/2020/09/08/bersatu-lantik-azmin-zuraida-ahli-majlis-tertinggi/ […]

  • Disqus ( )