Peja dilantik Pengerusi Bersatu Perak dan Pahang

Peja dilantik Pengerusi Bersatu Perak dan Pahang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan senarai pelantikan baru parti itu termasuk anggota majlis pimpinan tertingginya, ketua-ketua Bersatu negeri dan timbalan mereka.

Senarai itu menyaksikan Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai ketua Bersatu Perak dan Pahang, manakala Muhyiddin sendiri melantik dirinya sebagai ketua Bersatu Johor.

Sebelum ini, Bersatu Johor dipimpin oleh Mazlan Bujang.

Ketika ditanya apakah tidak ada pemimpin Bersatu lain di negeri-negeri tersebut yang layak mengambil alih tugas berkenaan, Faizal berkata pelantikannya bersifat sementara.

“Saya kira saya ada peranan-peranan lain perlu saya lakukan di negeri Pahang dan saya berpandangan bila keadaan di Perak agak stabil, maka peranan yang lebih saya jalankan di negeri-negeri lain.

“Presiden beri saya amanah jadi pengerusi BPN Pahang buat sementara waktu hingga saya kira Tan Sri dapat mencari seorang yang dapat meneruskan tanggungjawab tersebut,” jelasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus (0 )