Terkini: Razman kena saman lagi, kali ini dengan Guan Eng!

Terkini: Razman kena saman lagi, kali ini dengan Guan Eng!

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berdepan satu lagi saman fitnah, kali ini melibatkan Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Hari ini berlangsungnya perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Difahamkan saman tersebut berkaitan beberapa hantaran yang dimuat naik dan dikongsikan oleh Razman Zakaria menerusi akaun Facebooknya .

Perbicaraan tersebut telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Guan Eng di laman Facebooknya hari ini.

“Kes saman saya terhadap fitnah oleh YB Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak.

“Orang ini sudah pernah didapati bersalah kerana menfitnah YB Datuk Seri Mohammad Nizar satu masa dahulu.

Semua agama tolak budaya fitnah. Amar makruf nahi mungkar,” tegas Guan Eng.

Sebelum ini, Razman yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak itu didapati bersalah kerana memfitnah pemimpin AMANAH, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau diarah membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 serta kos guaman RM10,000.


Kes saman saya terhadap fitnah oleh YB Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak.

Orang ini sudah pernah didapati bersalah…

Posted by Lim Guan Eng on Wednesday, 9 September 2020

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
Disqus (0 )