Pemimpin Pas luah perasaan di FB selepas tak dapat kerusi di Sabah

Pemimpin Pas luah perasaan di FB selepas tak dapat kerusi di Sabah

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari meluahkan perasaannya di laman Facebook.

Ini sejurus pengumuman calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang menyaksikan Pas tidak diberi kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Tanpa bercakap secara spesifik, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, “Orang berbudi kita berbahasa, orang tidak berbudi, tak payahlah kita berbahasa..”.

Walaubagaimanapun, rata-rata yang memberi komen memahami maksud yang tersirat.

Ramai penyokong Pas mendesak parti itu keluar daripada Perikatan Nasional setelah Pas dipinggirkan dalam PRN Sabah.

Tidak kurang yang mengatakan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mementingkan diri sendiri sehingga sanggup meminggirkan Pas.

Sumber: https://negaramerdeka.com/selepas-tak-dapat-kerusi-di-sabah-pemimpin-pas-luah-perasaan/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )