Konon sekutu, tapi BN, PN, PBS bertembung sesama sendiri 17 kerusi

Konon sekutu, tapi BN, PN, PBS bertembung sesama sendiri 17 kerusi

Nampaknya pertembungan sesama sendiri BN dan PBS dalam pilihan raya Sabah telah meningkat daripada 11 kerusi menjadi 17 kerusi.

Ini selepas BN dan PBS menukar keputusan perjanjian rundingan mereka dengan meletakkan lebih banyak calon daripada jumlah calon yang telah diumumkan pada hari Khamis.

Satu-satunya ahli sekutu yang memegang kata-katanya ialah PN, yang berjanji untuk bertanding 29 kerusi dalam pilihan raya Sabah dan mengotakannya semasa proses penamaan calon pagi ini.

Bahkan sebelum hari penamaan calon lagi, parti-parti sekutu yang merujuk sebagai Gabungan Rakyat Sabah itu dijangkan bertembung sesama sendiri di 11 kerusi DUN.

Muhyiddin tiba di Kota Kinabalu semalam dalam usaha terakhir untuk menghalang pertembungan di 11 kerusi itu tetapi gagal meleraikan kebuntuan.

Berikut senarai 17 kerusi DUN yang bakal menyaksikan bertembungan sesama sendiri antara BN, PN dan PBS:

N02 Bengkoka – Umno vs PBS

N05 Matunggong – PBRS vs PBS

N07 Tandek – PBRS vs PBS

N11 Kadamaian – PBRS vs PBS

N22 Tanjung Aru – Umno vs PBS

N25 Kapayan – MCA vs PBS

N26 Moyog – Star vs PBS

N34 Lumadan – Umno vs PBS

N38 Paginatan – Umno vs Star vs PBS

N39 Tambunan – Star vs PBS

N40 Bingkor – Star vs PBS

N41 Liawan – Star vs PBS

N42 Melalap – Umno vs PBS

N44 Tulid – Star vs PBRS vs PBS

N45 Sook – Star vs PBRS

N47 Telupid – Umno vs PBS

N54 Karamunting MCA vs PBS

Tiada pertembungan antara Warisan Plus 

Sementara itu, tiada pertembungan sesama sendiri antara gabungan saingan BN-PN-PBS, Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, PKR, DAP, Amanah dan Upko.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )