Pemuda Pas kecewa prestasi ‘mujahid siber’, gagal pertahan Takiri

Pemuda Pas kecewa prestasi ‘mujahid siber’, gagal pertahan Takiri

Perwakilan Pemuda PAS tampil menyatakan rasa kecewa dengan prestasi mujahid siber atau laskar siber parti itu yang dilihat gagal menyaingi pihak lawan dalam sebarang bentuk serangan melibatkan isu-isu hangat di media sosial.

Perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda PAS Kawasan Batu Krau, Abu Anas Omar Khayyam Mohd Hanafiah ketika sesi membentang dan membahas laporan tahunan dan penyata kewangan berakhir Disember 2019 sempena Muktamar kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya dalam beberapa isu antaranya sebelum ini melibatkan Menteri Perusahan Komoditi dan Perladangan, Dr Khairuddin Aman Razali yang diserang teruk di media sosial sebelum ini gagal ditangani oleh mujahid siber.

“Perkara yang saya nak sentuh seperti mana yang kita tahu, menteri perusahan komoditi dan perladangan kita teruk kena hentam baru-baru ini di Twitter.

“Tapi (prestasi) mujahid siber 12.5 peratus sahaja, kita fahamlah itu rendah. Mungkin kemampuan atau pencapaiannya hanya 12.5 peratus menyebabkan kita tidak mampu melawan perkara yang berlaku dalam Twitter tersebut, memang sangat teruk.

“Memang sangat teruk, waktu itu saya bertanya kepada ahli jawatankuasa kawasan yang lain, mana kita punya mujahid siber untuk cover benda itu?

“Sedangkan fakta kita ada, tapi kita tak keluarkan (misalnya) gambar kartun seperti mana geng sana keluarkan. Seolah-olah kita out, kita dah out. Tetapi apabila kita rujuk Twitter Pemuda PAS melebihi DAP dan Amanah, begitu juga Facebook dan Instagram,” katanya.

Isu melibatkan Khairuddin sebelum ini tercetus susulan kegagalannya menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Turki.

Sementara itu, Abu Anas berkata persoalannya secara realiti melihat mujahid siber tidak dapat menyaingi laskar siber parti lawan.

Justeru soalnya, apakah tindakan Pemuda PAS untuk melahirkan mujahid siber yang dapat melawan perkara terbabit.

Berita penuh: https://m.malaysiakini.com/news/542365

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )