PRN Sabah: Menantu Presiden Pas gesa ahli taat keputusan

PRN Sabah: Menantu Presiden Pas gesa ahli taat keputusan

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin mengingatkan agar semua ahli Pas agar taat kepada keputusan pimpinan yang menyaksikan parti itu tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut menantu Presiden Pas itu, ketaatan dan kepatuhan adalah lebih utama daripada kekecewaan ahli Pas terhadap keputusan Perikatan Nasional yang meminggirkan parti itu.

“Kawan-kawan tentu rindu dengan suasana ini. Rindu untuk mengibarkan bendera PAS beramai-ramai.

“Kawan-kawan tentu kecewa dengan apa yang sedang berlaku.

“Ingatlah… Ketaatan dan patuh kepada keputusan pucuk pimpinan kita lebih diutamakan dari kekecewaan kita,” katanya di laman Facebooknya.

Beliau menjelaskan, pimpinan Pas mengutamakan perpaduan dan pemuafakatan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional yang terbina selama ini.

“Sama-samalah kita menjaganya, jika ia terlerai maka musuh akan mengintai peluang atas pepercahan kita,” katanya lagi sambil berkongsi gambar konvoi raksaksa Pemuda PAS Larut PRU14 dalam misi menawan DUN Selama dan DUN Kubu Gajah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )