‘Bunuh sesiapa yang cuba pecah-belahkan perpaduan’

‘Bunuh sesiapa yang cuba pecah-belahkan perpaduan’

Perwakilan Pas Kelantan, Datuk Hassan Mahmood mengingatkan agar ahli parti taat kepada kepimpinan selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis.

Menurutnya, ulama berpesan berkawan biar seribu, bermusuh jangan seorang manakaala Rasululullah memberi amaran kepada pihak yang cuba hendak memecah-belahkan perpaduan.

“Apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan kita, maka kita mesti patuh, sama ada kita setuju atau tidak setuju.

“Taat dan patuh kepada ketua sama ada kita setuju atau tidak setuju selama mana arahan pimpinan tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis

“Termasuk keputusan pimpinan kita tidak bertanding (dalam PRN Sabah). Untuk melahirkan rasa kecewa, boleh. Tapi rasa untuk menentang, tidak boleh,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas di muktamar tahunan parti itu di Kota Bharu, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang itu turut mendakwa tentang hukuman bunuh terhadap mana-mana pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan.

“Nabi SAW sebut, sesiapa yang cuba-cuba nak memecah-belahkan perpaduan kita, Nabi SAW sebut, faqtuluh, bunuh dia… ,” tegas Hassan lagi.

Bagaimanapun dalam konteks Pas, katanya, mereka yang ingkar keputusan yang dibuat pucuk pimpinan perlu dikenakan tindakan.

Sumber: Malaysia Dateline

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )