Covid19: MB Perak kuarantin di rumah

Covid19: MB Perak kuarantin di rumah

Sample ujian saringan Covid-19 keatas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disahkan negatif sejurus sehari selepas ujian tersebut dijalankan.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, beliau bagaimanapun memutuskan untuk menjalani kuarantin di rumahnya (self-quarantine) di Kuala Lumpur.

Katanya, tindakan ini diambil susulan berlakunya peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 di Sabah sepanjang kempen Plihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Ahmad Faizal telah menjalani saringan Covid-19 sebaik pulang dari Sabah pada 20 September yang lalu dan keputusan adalah negatif.

“Beliau memutuskan untuk menjalani kuarantin di rumah (self-quarantine) sebagai langkah proaktif, tanpa apa-apa arahan dari mana-mana pihak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak akan menghadiri mana-mana majlis rasmi manakala semua mesyuarat penting berlangsung secara sidang video dari rumah sahaja.

Sumber: Perak Today

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )