Kerajaan cuba wujud kasta dalam kalangan pelajar tadika

Kerajaan cuba wujud kasta dalam kalangan pelajar tadika

Kerajaan berhasrat mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) ‘elit’ buat kanak- kanak berusia empat hinga enam tahun, dengan kurikulum yang lebih baik.

Bagaimanapun ia menyasarkan kanak-kanak dengan ibu bapa yang memiliki “keupayaan kewangan yang tinggi”.

Sejumlah pihak mengkritik cadangan itu dengan berkata ia akan melebarkan lagi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin.

Menurut Berita Harian, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad berkata, kertas cadangan buat “Tabika elit’ sedang diperincikan dan akan dibentang dalam mesyuarat Kabinet.

Jika diluluskan, dia berkata projek perintis akan diwujudkan di kawasan tertentu khusus untuk ibu bapa daripada golongan M40 (berpendapatan pertengahan).

“Tabika elit ini dicadangkan hanya untuk murid yang ibu bapa mereka mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi kerana yurannya lebih tinggi berbanding Tabika Kemas sedia ada iaitu antara RM5 hingga RM25 sebulan.

“Kita tidak paksa ibu bapa menghantar anak mereka ke Tabika elit ini kerana 10,900 Tabika biasa masih beroperasi tetapi Tabika elit menyediakan kurikulum yang lebih baik berbanding yang biasa,” katanya seperti dipetik.

Jika diluluskan Kabinet, katanya lagi, rang undang-undang (RUU) Tabika akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sumber: Malaysiakini

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )