Terkini! Dua kematian akibat Covid19 hari ini

Terkini! Dua kematian akibat Covid19 hari ini

Dua kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah jangkitan baharu mencatatkan 89 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan sebanyak 11,224 kes setakat ini.

Dengan dua kematian baharu itu mencatatkan jumlah kumulatif kematian di negara ini meningkat kepada 136 dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan 1,124 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 89 kes baharu yang dilaporkan itu, tiga membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 86 kes penularan tempatan.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 28 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,967 kes.

“Sehingga kini, 16 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )