Rakan komponen PN tolak Pas sertai kerajaan Sabah

Rakan komponen PN tolak Pas sertai kerajaan Sabah

Tiada asas bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mempertimbangkan pelantikan wakil pemimpin mereka seperti PAS untuk menganggotai kabinet atau Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Maximus Johnity Ongkili.

Katanya, ini kerana PAS tidak bertanding dan tidak memenangi apa-apa kerusi DUN dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, Sabtu lalu.

Maximus berkata pandangan itu juga telah disuarakan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor baru-baru ini.

Oleh itu, katanya kerajaan perlu mengambil berat kebimbangan masyarakat Sabah dan sekali gus mempertimbangkan implikasi dari segi perundangan serta politik akibat dari cadangan tersebut.

“Saya yakin ketua menteri akan mempertimbangkan semua perkara ini, termasuk mengambil kira kebimbangan dan perkara sensitif dari pelbagai sudut agama di Sabah.

“Bagi PBS, pandangan kami adalah mudah – patuhi undang-undang. Amalkan prinsip menghormati kepercayaan masing-masing dan menggalakkan keamanan dan perpaduan di antara rakyat pelbagai kaum, walaupun mempunyai perbezaan kepercayaan agama, budaya, dan bahkan fahaman politik,” kata Ongkili dalam satu kenyataan.

PBS bukan anggota gabungan PN tetapi “rakan kongsi” dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika menghadapi PRN baru-baru ini.

PAS, sebaliknya, secara rasmi menjadi anggota gabungan PN.

Selepas pilihan raya Sabah pada 26 September, kerajaan GRS dibentuk, yang terdiri daripada BN, PN dan PBS.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/545001

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )