Umno sokong PN sekarang, tapi tinggalkan masa PRU15

Umno sokong PN sekarang, tapi tinggalkan masa PRU15

Anggota Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz menyokong gesaan agar Umno meninggalkan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini kerajaan mesti terus disokong bagi memerangi Covid-19.

“Sekarang ini kita sokong kerajaan untuk memerangi Covid-19. Kesihatan orang ramai adalah penting jadi kita harus sokong (kerajaan) sekarang.

“Kita hanya dengan PN dalam kerajaan (bukan pilihan raya umum),” katanya kepada Malaysiakini.

Pemimpin Umno sebelum ini berang selepas jawatan ketua menteri Sabah diserahkan kepada Bersatu.

Selain itu Umno juga tidak berpuas hati apabila beberapa kubu kuat yang dimenanginya pada 2018 diserahkan kepada bekas pemimpin parti itu yang melompat menyertai Bersatu.

Nazri berkata apa yang berlaku di Sabah kemungkinan berlaku semula pada PRU15 sekiranya Umno masih kekal dalam Perikatan Nasional.

“Kerusi Bersatu dulu adalah kerusi Umno.

Kalau anda terlepas…


Terbukti Mahathir tak ikhlas berkawan dengan Anwar, kata Yusmadi
“Mari PRU15 nanti, kita mungkin harus menyerahkan semua kerusi ini kepada Bersatu. Ini akan merugikan Umno,” katanya.

Seramai 15 anggota parlimen Bersatu pada masa ini merupakan mereka yang bertanding atas tiket Umno-BN pada PRU 2018 sebelum menyertai Bersatu.

Umno menegaskan parti itu mahu bertanding di semua kerusi yang dimenanginya pada PRU 2018.

Bersatu memiliki sokongan yang lebih kecil berbanding Umno, yang terpecah apabila Dr Mahathir Mohamad disingkirkan daripada parti itu.

Mahathir yang merupakan salah seorang pengasas Bersatu, memberi amaran bahawa parti itu akan hancur jika bertanding melawan Umno dan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )