Menteri Agama tidak patuhi SOP, boleh pula tahnik bayi

Menteri Agama tidak patuhi SOP, boleh pula tahnik bayi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri jelas terbukti prosedur operasi standard (SOP) sehingga dijangkiti Covid-19.

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin berpendapat Zulkifli tidak mengamalkan normal baharu yang ditetapkan termasuk menjaga jarak.

“Sefaham sayalah, jika tidak ke Sabah sekalipun, berjabat tangan dilarang. Bahkan berlaga penumbuk, siku dan kaki juga tidak dibolehkan. Apatah lagi mentahnik bayi.

“Arahan penjarakan fizikal sudah ada semenjak bulan Mac sebelum PKP bermula,” katanya.

Untuk rekod, Zulkifli mengumumkan dia dijangkiti Covid-19 pada 5 Oktober selepas ke Tuaran, Sabah pada 24 September lalu.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan dikenalpasti melawat lima negeri, tiga masjid dan tiga institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum sah positif Covid-19.

Antaranya, mentahnik sepasang bayi kembar di Surau An-Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi pada 27 September serta bersalaman dengan seorang warga emas di Kuala Terengganu dalam keadaan merapatkan muka ke tangan individu berusia lanjut itu pada 25 September lalu.

Mengulas lanjut, Zolkharnain menegaskan menteri sekalipun tidak terkecuali daripada mematuhi saranan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk mengisyaratkan tangan ke dada sebagai ganti berjabat tangan.

“Mengapa saranan itu tidak diamal? Sesiapa saja patut patuh kepada saranan itu sebagai langkah pencegahan meskipun menteri.

“Isunya bukan positif atau negatif, tapi patuh SOP terutama penjarakan fizikal. Inilah yang Zulkifli al-Bakri tidak buat seperti begitu banyak gambar yang tular,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, tujuh menteri dan enam timbalan menteri serta ketua pengarah kesihatan terpaksa menjalani kuarantin kendiri selepas menghadiri mesyuarat Covid-19 selepas Zulkifli disahkan positif wabak itu.

 

Sumber: Malaysia Dateline

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )