Pas suruh Umno istiqamah macam mereka

Pas suruh Umno istiqamah macam mereka

PAS menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin dan menggesa rakan sekutunya, Umno kekal dengan sokongan kepada perdana menteri.

“PAS menegaskan sokongan semua 18 ahli Parlimen PAS bersama kerajaan PN yang prihatin serta bertindak memastikan keselamatan, ekonomi serta ketenteraman negara dan kehidupan rakyat terjamin.

“Pada masa sama, PAS menyeru semua ahli Parlimen Barisan Nasional terus istiqamah mempertahankan kepimpinan perdana menteri dan kerajaan PN yang dibina bersama,” kata Setiausaha Agung PAS dalam kenyataan semalam.

Kenyataan PAS itu menyusul keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam untuk terus menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin dan menggesa prinsip kerjasama berpaksikan nilai penghormatan serta konsensus politik ditambah baik.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, partinya juga kekal dengan keputusan tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Pada 13 Okt lalu, Umno mengumumkan ia mempertimbang menarik balik sokongan kepada PN, jika tuntutan mereka untuk perkongsian kuasa dengan PPBM tidak dipenuhi.

Sumber: FMT

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )