Angkara PN potong bajet, Klinik Manjoi mungkin terbengkai!

Angkara PN potong bajet, Klinik Manjoi mungkin terbengkai!

Banyak pembinaan infrastruktur kesihatan yang sudah diluluskan akan berisiko terjejas akibat bajet dalam Belanjawan 2021.

ADUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi berkata, pengurangan beberapa bajet melibatkan kesihatan itu adalah tidak wajar disaat negara dan rakyat sedang berusaha mengekang wabak Covid-19.

Menurutnya, pengurangan bajet tersebut turut akan menjejaskan pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi yang kini telah pun terbengkalai daripada perancangan asal.

“Saya melihat Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Kerajaan PN semalam, sektor kesihatan terjejas teruk apabila beberapa bajet melibatkan kesihatan dipotong.

“Sedangkan kita masih berusaha mengekang wabak Covid-19.

“Antara yang mungkin terjejas ialah pembinaan Klinik Manjoi yang masih terbengkalai dan lewat daripada jangkaan ianya disiapkan,” katanya di laman Facebooknya.

Pengerusi AMANAH Perak itu berkata, harus diingat, sektor kesihatan rakyat penting bagi memastikan kesihatan rakyat dijamin oleh kerajaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )