Menantu Hadi Awang tak puas hati dengan BN kutuk pemimpin Pas

Menantu Hadi Awang tak puas hati dengan BN kutuk pemimpin Pas

Menantu Presiden Pas, Mohd Akmal Kamaruddin berkata BN sedang buat ‘kenduri kami hamun berjemaah’ terhadap pemimpin mereka.

Menurutnya, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Fadhli Saari sedang difitnah oleh BN sejurus kenyataannya berkaitan Belanjawan 2021 Kerajaan Perikatan Nasional.

“Hari ini mereka buat kenduri maki hamun dan fitnah secara berjamaah terhadapnya hanya kerana mereka berpandukan kepada tajuk berita Malaysiakini.

“Kenapa mereka tidak ulas dan sebar secara jujur ucapannya secara keseluruhan. Inilah nilai sebuah perjuangan,” katanya.

Akmal yang merupakan Setiausaha Pas Perak berkata, Ahmad Fadhli tak pernah jemu keluar masuk kampung di setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) merayu pengundi terutama pengundi Pas agar mengundi BN.

“Beliau mengarahkan setiap jentera Pemuda PAS seluruh negara agar turun berkempen.

“Setiap pemuda Pas bekerja siang malam tanpa sebarang upah demi kemenangan calon BN di setiap PRK,” katanya.

Akmal mengingatkan agar jadilah dari kalangan orang yang tidak pernah jemu menyeru kepada perpaduan.

Jelasnya, perbezaan pendapat itu biasa tapi jika membawa kepada maki hamun dan fitnah itu luar biasa.

Sumber: Negara Merdeka

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )