Peja kata rumah ibadat bukan Islam di Perak boleh beroperasi

Peja kata rumah ibadat bukan Islam di Perak boleh beroperasi

Aktiviti keagamaan di rumah ibadat bukan Islam seluruh Perak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, aktiviti yang dilakukan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Justeru, menurutnya, kerajaan negeri telah menetapkan beberapa garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti di rumah ibadat bukan Islam.

“Pertama, rumah ibadat bukan Islam beroperasi dengan had maksima 30 orang pada satu-satu masa tertakluk kepada keluasan rumah ibadat dengan penjarakkan fizikal satu meter wajib dipatuhi.

“Waktu beroperasi adalah antara jam 7 pagi hingga 10 malam selain aktiviti di rumah ibadat ini mestilah mematuhi SOP Pembukaan Rumah Ibadat yang telah ditetapkan oleh MKN,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber:  Sinar Harian.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )