Pas kata cubaan tukar kerajaan ini penderhakaan dan pengkhianatan

Pas kata cubaan tukar kerajaan ini penderhakaan dan pengkhianatan

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menganggap usaha menukar pemimpin kerajaan yang berlaku dalam dewan undangan negeri hari ini adalah suatu “penderhakaan dan pengkhianatan”.

Exco kanan Kerajaan Negeri Perak itu berkata usul yang dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim memang tepat dan mesti disokong semua.

Kata Razman sebelum ini Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sanggup meninggalkan kerusi yang dipegangnya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama parti lain membentuk kerajaan yang stabil.

“Maka usul yg dibawa Pengkalan Baru (Abd Manaf) ini amat tepat sekali untuk kita di barisan ini (kerajaan) untuk memberi sokongan kepada Chenderiang,” katanya semasa berucap sebelum pengundian terhadap usup percaya dijalankan pagi ini.

Razman yang juga pesuruhjaya PAS Perak dan Adun Gunung Semanggol menambah ketika kerajaan dan negara berdepan ancaman Covid-19, perlu ada kesungguhan untuk menangani pelbagai masalah yang timbul termasuk pengangguran.

“Saya dengan ini mengajak dan menyokong penuh usul dibawa Pengkalan Baru dan kita akan melihat seluruh masyarakat sekiranya usul untuk menjatuhkan dan menukar kerajaan dalam situasi negara dan rakyat dilanda pancemik ini, pada saya, ini adalah penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara bangsa dan agama kita,” katanya.

Untuk rekod, daripada 59 kerudi DUN yang ada, PAS hanya memenangi tiga daripadanya pada 2018.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/553767

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)