Bila masa nak kerja kalau asyik jatuh menjatuh, luah Razman

Bila masa nak kerja kalau asyik jatuh menjatuh, luah Razman

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria meluahkan rasa kurang senangnya di laman Twitter beliau tentang isu jatuh menjatuh.

Menurutnya, bagaimana nak bekerja membaiki sosioekonomi negara jika asyik jatuh menjatuh.

“Bila masa nak kerja baiki sosioekonomi negara, kalau asyik jatuh menjatuh,” katanya di ciapan di laman Twitter.

Kenyataan tersebut dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik Perikatan Nasional yang menyaksikan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Perak menerusi usul undi percaya di Sidang Dun Perak baru-baru ini.

Usul tersebut telah dibentangkan oleh Umno menerusi ADUN Pengkalan Bharu, Datuk Abd Manap Hashim. 

Dalam undi sulit terhadap usul itu, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang hanya menerima 10 undi menyokong beliau sebagai menteri besar, manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

DUN Perak merangkumi 25 Adun BN yang kesemuanya daripada Umno, 16 daripada DAP, Bersatu (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

CATEGORIES

COMMENTS

Disqus ( )