Terkini! Bersatu sanggah kenyataan Hasnul

Terkini! Bersatu sanggah kenyataan Hasnul

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang berdepan tindakan pecat daripada PPBM sebenarnya diberikan peranan di peringkat negeri dan bahagian.

Setiausaha PPBM Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, kekecewaan yang disuarakan secara terbuka oleh Hasnul yang menyatakan beliau diketepikan dilihat lebih bersifat peribadi.

“Sudah tentu di peringkat negeri, saya secara peribadi berusaha melibatkan beliau dalam kepimpinan PPBM Parit Buntar, khususnya di kawasannya (Titi Serong) kerana beliau wakil rakyat kawasan itu.

“Tetapi kena fahamlah juga, dalam politik ini ketua bahagian pun juga ada pasukan sendiri, tetapi ada cadangan pelantikan jawatankuasa peringkat bahagian.

“Tindakan akhir saya untuk beri pelung kepada belia secara rasminya dalam mesyuarat kepimpinan PPBM negeri, saya melantik beliau sebagai pengerusi jawatankuasa program untuk jentera pilihan raya PPBM Perak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat EXCO kerajaan di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, Hasnul mengaku menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang baharu selepas Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Dis lalu.

Hasnul berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak diberi ruang oleh PPBM, sama ada di peringkat negeri atau bahagian, untuk terlibat secara langsung dalam gerak kerja parti sekali gus menggambarkan seolah-olah beliau tidak diperlukan dalam parti itu.

Hasnul sebelum ini merupakan ketua Pemuda Amanah, tetapi menyertai PPBM pada 3 Jun selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Zainol Fadzi berkata, berhubung kedudukan Hasnul, PPBM negeri hanya boleh membuat laporan mengenai kesalahan beliau melanggar peraturan parti.

“Semalam saya terima laporan PPBM Parit Buntar mengenai kenyataan terbuka Hasnul jadi kita akan proses. Laporan dibuat dari peringkat bahagian kemudian ke peringkat negeri dan ibu pejabat.

“Kita serahkan kepada ibu pejabat, tetapi prosedur parti tetap kita perlu ikut. Saya tak boleh umumkan beliau dipecat, hanya ibu pejabat yang boleh lakukan (pemecatan),” katanya.

Katanya, mengikut peraturan parti, keahlian Hasnul terbatal kerana mengingkari arahan parti.

Sumber: FMT

CATEGORIES

COMMENTS