Krisis politik Perak gambarkan gelagat ADUN Pas guna agama demi kepentingan

Krisis politik Perak gambarkan gelagat ADUN Pas guna agama demi kepentingan

Krisis politik Perak juga mendedahkan watak-watak yang pernah digambarkan dalam filem Seniman Agung, P. Ramlee, ‘Musang Berjanggut’. 

Nyatalah watak ‘Menteri Nikah Kahwin’ bertepatan dengan gelagat Adun-adun Pas yang dipertontonkan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Demikian tegas ADUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi ketika ucapan perbahasan Belanjawan Perak 2021 di Dewan Negeri Perak hari ini.

Dato’ Asmuni Awi berucap di Sidang DUN Perak hari ini

Menurutnya, Pas boleh membuat hukum hari ini halal, esok pula haram, lusa kembali halal demikianlah seterusnya.

Asmuni mengingatkan tentang firman Allah dalam surah An-Nahli ayar 116 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”.

Pengerusi AMANAH Perak itu juga mengingatkan, sekuat manapun kita mendakwa kita golongan Islam jangan lupa kita ini adalah Melayu.

“Bercakap dengan Raja-Raja Melayu juga perlu kesopanan yang diajar oleh budaya Melayu,” katanya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS