PANAS! Asmuni tempelak Razman isu pengkhianat dan penderhaka di DUN Perak

PANAS! Asmuni tempelak Razman isu pengkhianat dan penderhaka di DUN Perak

ADUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi menempelak tindakan ADUN Gunong Semanggol, Razman Zakaria yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain pengkhianat dan penderhaka.

Ini susulan kenyataan Razman baru-baru ini yang menuduh wakil rakyat yang mahu menjatuhkan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar adalah pengkhianat dan penderhaka.

Namun katanya, kesudahannya Razman dan Pas kembali membentuk kerajaan bersama pihak yang dituduh pengkhianat dan penderhaka itu.

“Sewenang-wenang Gunung Semanggol menuduh orang lain sebagai pengkhianat dan penderhaka tetapi kesudahannya dia sendiri kembali bertuankan pihak yang digelarnya sebagai pengkhianat dan penderhaka,” katanya di DUN Perak hari ini.

Beliau berkata, perkembangan politik yang berlaku di Perak pada 4 Disember yang lalu adalah kesempatan terbaik untuk kita menilai kembali cara kita berpolitik sejak sekian lama.

“Kita boleh mengenali siapa kawan dan siapa lawan kita yang sebenarnya dan siapa pula yang menjadi musang berjanggut,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi AMANAH Perak itu mencadangkan satu anjakan paradigma dalam kerangka kita berpolitik.

Seharusnya katanya persaingan antara parti-parti politik dalam mendapatkan kuasa dalam kerangka yang dianjurkan oleh al Quran, iaitu berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Dan kebaikan kita sebagai wakil rakyat adalah berkhidmat untuk kebaikan rakyat dan negeri.

CATEGORIES

COMMENTS