Pas kata mohon ampun dan maaf jadi dimensi baru dalam politik

Pas kata mohon ampun dan maaf jadi dimensi baru dalam politik

3 PARTI BESAR BERJIWA BESAR, BERLAPANG DADA.

TAHNIAH UMNO BERLAPANG DADA MEMINTA MAAF.


TAHNIAH BERSATU BERJIWA BESAR MENGUCAP TAHNIAH.


TAHNIAH PAS MOMOHON AMPUN TERKHILAF MENGHADAP.

Firman Allah SWT :-

وَٱلَّذِیۤ أَطۡمَعُ أَن یَغۡفِرَ لِی خَطِیۤـَٔتِی یَوۡمَ ٱلدِّینِ ۝ رَبِّ هَبۡ لِی حُكۡمࣰا وَأَلۡحِقۡنِی بِٱلصَّـٰلِحِینَ

Maksudnya :-

“Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

[Surah Ash-Shu’ara ayat 82 dan 83]

Keributan politik sebenarnya jika diuji, ianya boleh menambahkan rasa kepedulian sebenarnya.

Keributan politik, jika difikirkan keutamaan kepada marhean, ianya boleh diredakan sebenarnya.

Keributan politik, jika diawali dan disusuli perbincangan, ianya boleh diselesaikan tanpa sebarang terguris hati.

Walau menang, tersenyum, namun pasti terguris hati.
Walau kalah, tersenyum juga, namun hati terguris pasti.

Tiada menang kalah jika sekadar senyum di mulut namun di hati terluka.

Kita manusia, bohonglah jika tiada terasa apa-apa. Ayat saya ok, ayat saya redha, ayat saya mohon maaf, semuanya itu sekadar penyedap mulut. Tipulah jika tiada rasa apa-apa.

Sedangkan Nabi pernah mengungkap ayat
هلك العرب
هلك العرب
هلك العرب

semasa Perjanjian Hudaibiyyah ayat ini terkeluar dari mulut Nabi di dalam khemah Nabi SAW. Saksinya Aisyah isteri tersayang.

Mengapa ayat ini terkeluar? sebab Nabi juga manusia walaupun Nabi manusia Istimewa namun terkeluar juga.

Jadi, jangan kata kita tidak ada apa-apa 😊

Moga-moga dengan titah Tuanku ini akan menjadi kata semangat untuk kita terus berfikir demi rakyat, hentikan sebarang perbalahan, tetapkan hala tuju, runding dengan memikirkan give and take yang bukan sahaja stand alone namun kita telah bersama.

Rujukilah sejarah kemenangan Barat ke atas Islam, bukan kerana Islam tiada bala pejuang, bukan kerana kita tiada kemahiran, bukan kerana kita tiada alatan, bukan kerana kita dilanda kemiskinan, namun kerana Islam tiada kesefahaman, kerana kita tiada pertemuan, kerana kita tiada perbincangan, kerana kita tiada semangat setiakawan.

Semoga dengan bacaan Surah As Syua’ra ayat 82 yang menyatakan bahawa hanya kepada Allah SWT sahajalah kita patutnya memohon ampun dan maaf atas dosa-dosa kita dan dengan doa yang Allah ajar kepada kita agar kita ini boleh memahami dan mempelajari ilmu-ilmu Agama serta dapat kita berdamping dengan orang yang soleh demi menjaga Amal Ibadah kita InsyaAllah.

Semoga dengan permohonan maaf, dengan ucapan tahniah, dengan seikhlas permohonan ampun maaf akan menjadi satu dimensi baru dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera InsyaAllah.


AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Ketua Pemuda Pas Perak

CATEGORIES

COMMENTS