Perbualan Whatsapp Zafrul dan Takiyuddun: SPRM digesa siasat!

Perbualan Whatsapp Zafrul dan Takiyuddun: SPRM digesa siasat!

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan tular gambar di media sosial berhubung kontrak Menswastakan Pengurusan, Operasi Dan Penyelenggaraan Bekalan Air Langkawi baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau dapat melihat wujud satu kepentingan tersendiri melibatkan ibu kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul dimana Menteri Kewangan meluluskan projek berkenaan secara terus.

“Saya rasa, perkara ini perlu disiasat oleh sprm memandangkan ianya telah tersebar di media sosial supaya tiada penyelewengan berlaku dimana melibatkan projek yang bernilai RM550 juta dan ia jumlah yang besar.

“Walaupun pemberian projek ini melalui rundingan terus dengan syarikat Taliworks Corporation Bhd. tidak salah, tetapi, ada perkara yang meragukan”, katanya ketika ditemui pemberita di hadapan bangunan SPRM di Meru, Ipoh.

Pada masa sama, beliau juga berkata, beliau keliru mengapa Takiyuddin dilantik Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Kedah berkuat kuasa mulai 1 September 2020.

“Adalah sesuatu yang ganjil apabila Takiyuddin memegang jawatan tersebut dan ingin tahu adakah di negeri-negeri lain juga mempunyai jawatan sama selaku menteri penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara Takiyuddin dan Zafrul berkaitan penglibatan anak syarikat kerajaan negeri Kedah Bina Darulaman Berhad (BDB) dan cadangan penglibatan rakan usahasama Taliworks Corporation dalam projek pembangunan di negeri berkenaan.

Sumber: https://peraktoday.com.my/2020/12/putra-perak-minta-sprm-siasat-zafrul-dan-takiyuddin/

CATEGORIES

COMMENTS