HANGAT! Peja sempat selamatkan Perak Corp sebelum dijatuhkan, dedah portal

HANGAT! Peja sempat selamatkan Perak Corp sebelum dijatuhkan, dedah portal

Peja Sempat Selamatkan Perak Corp Sebelum Dijatuhkan

Perak Corp Bhd (PCB) sememangnya diketahui berada di ambang kemuflisan sejak beberapa tahun sebelum ini.

Ditambah dengan kontroversi yang berlaku pada MAPS, ia antara faktor-faktor utama kejatuhan Perak Corp.

Namun, masih ada sinar buat Perak Corp apabila harga saham anak syarikat kerajaan negeri Perak itu meningkat hampir tiga kali ganda.

Peningkatan saham Perak Corp berlaku berikutan syarikat itu mengumumkan rancangan untuk menyusun semula hutang yang melumpuhkan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memainkan peranan besar dalam usaha memulihkan Perak Corp.

Ahmad Faizal dikatakan menjadi ‘Tulang Belakang’ yang berperanan dalam membawa pengurusan baru untuk menukar Perak Corp pada bulan Julai kerana diisytiharkan sebagai firma Catatan Amalan 17 (PN17) pada bulan Februari tahun ini.

Agensi Kerajaan Negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Perak adalah pemegang saham terbesar PCB dengan pegangan 52.9%.

Malah, baru-baru ini Perak Corp telah menyatakan bahawa syarikat itu sedang menyusun semula hutangnya bernilai RM858.37 juta pada akhir Jun.

Ternyata, dalam kemelut politik yang menghimpit Ahmad Faizal, beliau masih berusaha untuk menyelamatkan syarikat milik kerajaan Negeri.

Padahal Perak Corp sebelum ini, hampir dilumpuhkan oleh ‘Orang Politik’ juga.

Jangan lupa bagaimana terbebannya Perak Corp akibat MAPS.

Dan siapa yang melingkupkan MAPS?

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3651388571577712&id=523441357705798

CATEGORIES

COMMENTS