Terkini! Ini wajah terkini Syed Saddiq selepas botakkan kepala

Terkini! Ini wajah terkini Syed Saddiq selepas botakkan kepala

Terkini, dana yang ingin dikumpul oleh beliau sudah pun melepasi lebih daripada RM200K dalam masa 5 hari dan Syed Saddiq harus menunaikan janji beliau bagi membotakkan kepalanya.

Menerusi live yang dikendalikan oleh Astro Awani, Syed Saddiq telah diguntingkan dan dimesinkan rambut oleh ibunya sendiri, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz terlebih dahulu.

Menurut Syed Saddiq, beliau risau apabila dia turun ke Muar nanti orang ramai bila tengok beliau mereka tidak mengenali dirinya lagi.

“Saya harap penduduk Muar janganlah tak kenal saya terutamanya ‘anak-anak’ saya (dua ekor kucing) bila saya balik rumah nanti,” katanya.

Bukan RM200K tetapi Syed Saddiq telah berjaya meraih dana sebanyak RM383K

Sebagai rekod, kempen pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar yang memerlukan di Muar sudah lama dianjurkan oleh beliau sebelum ini.

Begitupun, inisiatif yang diambil Syed Saddiq pada kali ini dilihat dapat meringankan beban beliau bagi meneruskan kempen ‘satu komputer riba untuk satu keluarga’ di samping orang ramai turut sama dapat menyumbang bagi kempen berkenaan.

Malah, dalam tempoh 24 jam sahaja, Syed Saddiq berjaya meraih kutipan sebanyak RM61,410 selepas hari pertama ianya dibuka.

Tonton video Ahli Parlimen Muar ini ‘dibotakkan’ kepala di bawah:

CATEGORIES

COMMENTS