Kenyataan Menteri Agama tidak wajar, tegas peguam

Kenyataan Menteri Agama tidak wajar, tegas peguam

1. Kenyataan Menteri Agama adalah tidak wajar.

2. Rakyat beragama Islam di Malaysia bukan “muslim minority” yang perlu dibebankan dengan tanggungjawab sendiri untuk memilih makanan yang mereka yakini halal.

3. Mereka tidak seharusnya dibebankan dengan tanggungjawab yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan.

4. Malaysia ialah negara Islam. Islam adalah agama bagi Persekutuan.

5. Lebih 50% rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

6. Kerajaan dan pentadbiran negara juga diisi oleh 90% orang yang beragama Islam.

7. Oleh itu, makanan asasi rakyat mesti datang dari sumber yang halal, selamat dan mudah diperolehi.

8. Tugas kerajaan ialah memberi kemudahan dan keamanan kepada rakyat untuk terus hidup.

9. Di Malaysia, keamanan itu termasuk menjamin makanan yang “halal” buat rakyat yang beragama Islam.

10. Firman Allah, “Yang memberi makan kepada mereka dari kelaparan dan memelihara mereka dari ketakutan” (Quraisy: 4)

Wallahu a’lam.

MOHD FITRI adalah merupakan seorang peguam.

Sumber: https://www.facebook.com/764123100/posts/10158444163178101/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS