Melayu mesti berani tidak membenarkan ditipu Melayu!

Melayu mesti berani tidak membenarkan ditipu Melayu!

DEMI !!!

1. Demi Kuasa
Demi Ketuanan
Demi Bangsa
Demi Negara
Demi Islam
Demi Melayu
Demi . . . . . . .

2. Selain dari Demi itu dan Demi ini, satu lagi slogan yang tak asing ialah :

‘Tidak Melayu
Hilang Di Dunia’

3. ‘Hidup Melayu
‘Allahuhakbar’ !!!

itulah teriakan yang selalu dimainkan ke telinga para Perwakilan dan di tayang secara langsung oleh semua stesen TV semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO dan PAS berlangsung.

4. Tak cukup dengan berbagai slogan, mereka khususnya UMNO akan beramai – ramai menyanyikan dengan penuh semangat , malah ada yang mengalirkan air mata lagu wajib parti tersebut :

i. ‘Bersatu
Bersetia
Berkhidmat’

ii. ‘Anak Kecil
Bermain Api’

5. Jika diikuti ucapan Perasmian dan Penggulungan oleh Presiden dan kebanyakan Ahli – Ahli Kerja Tertinggi yang juga Menteri Kabinet, ia membuatkan orang Melayu terlena diatas buaian seolah – olah ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

6. Kebanyakan Perwakilan yang berucap pula bukan sahaja tidak berani berterus terang tapi lebih kepada menjaga periuk nasi mereka sehingga mereka lupa atau tidak peduli segala janji yang dilafazkan pada Perhimpunan sebelum itu.

7. Kira – kira 30 tahun lepas Tun Dr. Mahathir telah berterus terang MENGINGATKAN kita bahawa pada tahun 2020 atau mungkin awal lagi orang Melayu AKAN MENOLAK UMNO kerana katanya ketika itu pemimpin – pemimpinnya TIDAK lagi berjuang untuk bangsa ; mereka berebut – rebut kuasa dan melakukan rasuah untuk kepentingan diri dan keluarga.

8. Ingatan Tun menjadi kenyataan apabila buat pertama kali sejak penubuhan UMNO pada tahun 1946, oleh kerana bencinya kepada sikap pemimpin – pemimpin, orang Melayu MENOLAK UMNO pada Pilihanraya Umum ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu , 9hb Mei 2018.

9. Oleh kerana MEMERLUKAN sokongan orang Melayu yang telah jauh hati, kini TANPA SEGAN SILU pemimpin – pemimpin UMNO mula MENIUP SERULING dengan harapan tikus – tikus yang BOLEH DIPERBODOHKAN LAGI akan mengikut mereka sehingga mati kelemasan di dalam longkang.

10. Kata mereka TANPA UMNO orang Melayu akan jadi pengemis di Tanahairnya sendiri.

11. Yang sebenarnya pemimpin – pemimpin UMNO lebih senang jika orang Melayu terus miskin kerana dengan itu orang Melayu akan terus sokong mereka apabila dicampakkan gula – gula.

12. Jika hilang sokongan , yang hilang ‘REZEKI’ ialah pemimpin bukan rakyat.

13. ORANG MELAYU MESTI BERANI DAN TIDAK MEMBENARKAN LAGI DIRI DARI TERUS DITIPU OLEH PEMIMPIN – PEMIMPIN MELAYU SENDIRI.

14. Hari ini orang Melayu di tiup dengan semangat takut dan benci kepada parti DAP dengan berbagai FITNAH kononnya Parti tersebut

i. anti Melayu
ii. anti Islam
iii. anti Raja – Raja
iv. anti itu dan ini

15. Fitnah ini samalah dengan ibu bapa menakutkan anak – anak mereka kononnya ada hantu atau penunggu di sebatang pokok di hadapan rumah mereka sedangkan ia hanya satu taktik sahaja bagi menghalang si anak keluar rumah pada waktu malam ; akibatnya bukan sahaja si anak malah ibu bapa pun turut percaya ciptaan mereka itu.

16. Kelemahan pemikiran dan sikap sambil lewa sebahagian besar orang Melayu adalah akibat sisa – sisa pengaruh penjajah Inggeris.

17. Mereka didorongkan lebih kepada SENI DAN BUDAYA, digalakkan bercucuk tanam dan menangkap ikan secara kecil – kecilan sedangkan mereka yang mendatang seperti orang Cina dan India TERPAKSA bekerja keras tambah pula TIDAK ADA DASAR EKONOMI KHAS seperti Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) dan lain – lain Dasar dan kemudahan termasuk pembelajaran.

18. Apabila Tun menggunakan istilah ‘MALAS’ sebahagian orang Melayu marah, melenting dan naik angin tetapi yang sebenarnya Tun MAHU MELIHAT lebih ramai lagi orang Melayu RAJIN DAN BERJAYA dari rakyat Malaysia yang lain – itu adalah CABARAN BUKAN KUTUKAN.

19. Sudah sampai masanya kita orang Melayu BERHENTI menyalahkan orang lain diatas kelemahan kita sendiri.

20. Biarlah pantun yang pernah dibisikkan oleh Penjajah Inggeris ke telinga datuk nenek kita dahulu dijadikan CABARAN bagi kita untuk lebih maju dan berjaya kini dan selama – lamanya :

‘Buai Laju Laju
Sampai Pokok Sena
Jika Beli Maju
Pergi Kedai Cina’

21. ALLAH SWT MENJADIKAN KITA BERBAGAI – BAGAI AGAR KITA MENGHORMATI DI ANTARA SATU DAN LAIN.

22. ALLAH SWT JUGA TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM JIKA KAUM TERSEBUT TIDAK MEMBUAT PERUBAHAN SENDIRI.

23. JANJI ALLAH SWT NERAKA JAHANAM BAGI MEREKA YANG TIDAK BERAMANAH, MENGAMBIL KESEMPATAN SECARA TERANG – TERANGAN DAN SULIT;

‘Buai Tinggi Tinggi
Sampai Cucur Atap
Baru Tumbuh Gigi
Dah Pandai Songlap

24. Semoga mulai tahun ini 2021 kita akan menyaksikan Negara terkeluar dari segala malapetaka politik dan ekonomi.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.

Wassalam
Terima Kasih.

Tamrin Tun Ghafar
01/01/21

CATEGORIES

COMMENTS