Annuar dakwa wujud gerakan kerjasama Umno-Dap bentuk penjajaran politik baru

Annuar dakwa wujud gerakan kerjasama Umno-Dap bentuk penjajaran politik baru

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa mendakwa beliau menerima laporan wujud gerakan daripada Umno untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Keterah itu berkata, susulan gerakan itu menyebabkan beliau nampak berbeza pendapat dengan pucuk pimpinan Umno dan bertegas mempertahankan keputusan parti sebelum ini tiada sebarang kerjasama dengan DAP.

“Saya dapat berita secara sahih wujud usaha perundingan melibatkan DAP dalam membentuk penjajaran baru.

“Ini bukan sokong atau tidak DAP, saya pegang kepada pendekatan parti (sebelum ini),” katanya pada sidang media.

Beliau turut mendakwa tidak senang dengan usaha dilakukan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat sokongan kepada Agong menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

FMT sedang mendapatkan pengesahan pimpinan lain.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/06/wujud-gerakan-kerjasama-umno-dap-bentuk-kerajaan-baru-dakwa-annuar/

CATEGORIES

COMMENTS