Hadi kata jangan tanya pasal vaksin pada tok bomoh

Hadi kata jangan tanya pasal vaksin pada tok bomoh

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menasihatkan supaya isu berkaitan vaksin dirujuk kepada pakar perubatan.

Mengulas mengenai segelintir pihak yang menolak vaksin Covid-19, ahli parlimen Marang menjelaskan pencegahan mesti dilakukan, apatah lagi sewaktu darurat.

“Orang yang bercakap tu dia ahli bidang ke tak? Kalau nak tanya tentang vaksin tanya ahli perubatanlah.

“Jangan tanya tok bomoh, jangan tanya dengan NGO yang berkait dengan hal lain, tanya pakar,” katanya kepada pemberita yang merujuk kepada kumpulan antivaksin.

Jelas Abdul Hadi, mengikut hukum Islam sesuatu bahan yang dilarang juga dibenarkan oleh syarak dengan kadar berpatutan demi tujuan pencegahan.

“Dalam Islam mesti dilakukan pencegahan. Bahkan dalam keadaan darurat, mengikut hukum Islam, benda yang najis pun dibenarkan oleh syarak.

“Kerana keadaan darurat kita boleh rujuk pada pakar menggunakan dengan kadar yang berpatutan,” katanya.

Matlamat kerajaan adalah untuk memvaksin 70 peratus penduduk – ambang yang dikatakan oleh kajian cukup untuk mencapai imuniti kawanan.

Imuniti seperti itu seharusnya memperlambat Penularan Covid-19 dan melindungi mereka yang belum diberi vaksin.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/558133?fbclid=IwAR206C70EMmOPbjzP0vdblo0c3Ea9mDuSo7D4BnBhG654G6sErutY8DCrno

CATEGORIES

COMMENTS