Ketua Menteri Pulau Pinang dapat kereta rasmi baru

Ketua Menteri Pulau Pinang dapat kereta rasmi baru

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow telah dibekalkan dengan kereta rasmi baharu model Mercedes S560e bagi mengantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini berkata pembelian kereta itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 Nov 2019.

“Pembelian Mercedes S560e adalah sebagai menggantikan kereta rasmi sedia ada, Mercedes S300L yang dibeli dengan harga RM298,263.75 pada 2013,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tarikh pembelian Mercedes S560e adalah pada 31 Dis 2020 dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78, iaitu penjimatan sebanyak RM127,765.22 daripada harga asal.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/557991?fbclid=IwAR1GdnqdXgkgQzTwajgmR0GVnIdYYkIrrqrZGEMaNITbgI8l_-MZOAm0Ucw

CATEGORIES

COMMENTS