MERIAH| Program ‘Back To School’ anjuran ADUN Manjoi ringankan beban ibubapa

MERIAH| Program ‘Back To School’ anjuran ADUN Manjoi ringankan beban ibubapa

BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MANJOI

Jumaat 8 Jan 2021 | Mydin Meru

Persediaan kelengkapan persekolahan merupakan salah satu aspek penting dalam memulakan atau menyambung alam persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi. Justeru saya menyumbangkan kelengkapan persekolahan kepada 350 orang pelajar yang terdiri dari golongan yang kurang berkemampuan di Dun Manjoi.

Moga-moga dengan adanya kelengkapan persekolahan ini dapat memberikan satu semangat kepada anak-anak ini untuk menempuh dan meneruskan alam persekolahan. Kepada yang meneruskan alam persekolahan saya ucapkan “Selamat kembali ke Sekolah”. Kepada yang baru memulakan persekolahan di tahun satu, “Selamat menempuhi dan menjalani alam persekolahan”. Anak-anak ini insyaALLAH bakal mencorak masa depan negara satu hari nanti.

Sekalung penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana program BTS pada pagi ini, team amanah Tambun yang diketuai oleh Dr Fakhruldin Mohd Hashim dan pihak Mydin Meru yang memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program BTS ini dijalankan.

 

Sumber: https://www.facebook.com/508187419354203/posts/1711891198983813/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS