Peja kata Umno dan Bersatu sama je

Peja kata Umno dan Bersatu sama je

Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu percaya masyarakat Melayu tidak akan menyokong sebarang cubaan untuk memecahbelahkan kaum itu.

Bekas menteri besar Perak itu berkata, tidak logik Umno memutuskan hubungan dengan PPBM kerana kedua-dua parti memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Umno akan memutuskan sama ada menamatkan kerjasama dengan PPBM pada perhimpunan agung parti itu 31 Jan ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi mengambil keputusan itu apabila sebilangan besar bahagian parti mahu menamatkan kerjasama dengan PPBM susulan pelbagai isu.

Antaranya, Umno mendakwa PPBM menawarkan wang untuk memancing ahlinya menyertai parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu.

Faizal berkata, beliau masih yakin Umno memperjuangkan agama, bangsa dan negara, “justeru mana mungkin mereka memutuskan hubungan dengan parti (PPBM) yang juga memperjuangkan perkara sama.”

“Mungkin ada dalam kalangan pemimpin yang mahukan perpecahan orang Melayu (tetapi) saya tidak percaya orang Melayu, secara keseluruhan, gembira dengan keputusan untuk berpecah-belah.

“Marilah kita menyatupadukan orang Melayu, jangan berpecah belah,” katanya.

Sebagai blok terbesar dalam kerajaan PN, sebarang keputusan Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, akan menumbangkan kerajaan dan kemungkinan mencetuskan pilihan raya umum (PRU).

Pimpinan PPBM sebelum ini menegaskan PRU hanya wajar diadakan apabila wabak Covid-19 dibendung, namun ketika ini kes positif jangkitan virus itu semakin melonjak, bukannya menurun.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/07/tolak-ppbm-orang-melayu-akan-tolak-umno-kata-faizal/?fbclid=IwAR2RwDStwi4WLY1AkFqOvqzQbDqzeoia7nR5YAfi7ibx50pqj6QbHrRqnWw

CATEGORIES

COMMENTS