Panas! Tajuddin dakwa beberapa lagi MP Umno akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin

Panas! Tajuddin dakwa beberapa lagi MP Umno akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin

Itu jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO dijangka menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, perkara itu mungkin berlaku berikutan kedudukan kerajaan PN yang ketika ini sangat tipis sokongannya.

Tanpa menyebut ahli Parlimen yang akan menarik sokongan itu, Tajuddin berkata, perkara itu berlaku disebabkan kelemahan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apabila itu berlaku maknanya jatuh kerajaan, jika satu lagi tarik diri, kerajaan kalah, kalau dua Ahli Parlimen?” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pada Program Kami Prihatin, Seronoknya Ke Sekolah anjuran Skuad Prihatin bersama GT Haulage di Arena Belia Felcra Changkat Lada di sini hari ini.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/saya-dengar-cerita-akan-ada-lagi-tarik-diri/

CATEGORIES

COMMENTS