Pimpinan Pas kata rakyat benci dengan gelagat orang politik

Pimpinan Pas kata rakyat benci dengan gelagat orang politik

Kalau kuasa orang Islam Melayu hilang kali ini, jangan harap kuasa ini akan bangkit semula.

Rakyat benci dengan gelagat orang politik. Mereka mengharapkan, kita berkhidmat untuk menyenang dan memikir bagi kesenangan rakyat, tetapi berlaku sebaliknya.

Rakyat buat kesimpulan, memang jenis pemimpin melayu ini suka bergaduh. Setelah musuh mereka dinyahkan, maka bergaduh sesama sendiri pula.

Islam adalah agama pegangan kita, sepatutnya kita berpolitik untuk menjadi bekalan amal ketika bertemu Allah SWT. Bukan tujuan duniawi semata-mata.

Islam mesti ada hubungan dengan Allah dan manusia (hablun minalAllah wahablun minannas). Solat yang kita tunaikan untuk melaksanakan hubungan dengan Allah. Kita berpolitik ialah untuk hubungan dengan manusia.

Peringatan untuk diri saya sebagai pemimpin politik, kita adalah orang yang paling menyesal dan hina ketika di mahsyar, jika kita gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Di atas dunia kita boleh beri berjuta alasan, tetapi tidak di akhirat.

Atas dunia kita glamour dengan jawatan, tetapi kita hina di akhirat jika kita menyimpang daripada apa yang diarah oleh Islam. Jika kita tidak rasa takut azab Allah, maka buatlah ikut kehendak dan kepuasan kita.

Berpolitik untuk bekalan mati, bukan untuk bekalan hidup.

Hj Idris Hj Ahmad
9/1/21
10.40 mlm

Sumber: https://www.facebook.com/165772956766692/posts/3932894556721161/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS