Mengejutkan! 97 peratus responden mahu kerajaan laksana PKP

Mengejutkan! 97 peratus responden mahu kerajaan laksana PKP

Semalam, kami memuat naik undian berkanaan PKP. Mengejutkan, 97% responden mahu kerajaan laksanakan PKP ketika ini.

Kata seorang netizen, “Dengan keadaan yang sangat kritikal ketika ini di mana sistem kesihatan telah terbeban, dan kita tidak menunjukkan tanda pulih sejak PRN Sabah, PKP mungkin langkah terbaik ketika ini”

Namun ada juga berpendapat berbeza. “Tidak setuju. Kami baru sahaja dapat kerja. Jika kerajaan laksanakan PKP, mohon berikan bantuan kewangan setiap bulan kepada rakyat”.

Ada yang menyatakan pendapat agar PKP dilaksanakan secara bersasar. “PKP bersasar kat red zon sahaja”. Dan ada pula membalas mesej tersebut dengan “beramai-ramailah lari dari zon merah masuk ke hijau”.

Poll ini membayangkan kebanyakan rakyat telah bersetuju dan bersedia untuk PKP jika kerajaan laksanakan juga dalam masa terdekat. Ini juga menunjukkan pendapat perlunya kerajaan melakukan tindakan yang lebih besar impaknya untuk memulihkan situasi pandemik ketika ini.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2839672419655945&id=1712327752390423

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)