Spekulasi pelantikan TPM tidak benar – Pejabat Perdana Menteri

Spekulasi pelantikan TPM tidak benar – Pejabat Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri menepis khabar angin mendakwa akan ada pelantikan untuk jawatan timbalan perdana menteri.

Ia menyifatkan laporan mendakwa Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan akibat kansernya juga tidak benar dan berniat jahat.

“Perdana menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau,” kata Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan.

Terdahulu, beberapa sumber dipetik The Malaysian Insight melaporkan Ahli Parlimen Sembrong dan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein dijangka menjadi timbalan perdana menteri dan mungkin dilantik seawal minggu ini.

Portal berita itu melaporkan pelantikan Hishammuddin boleh memberi kesan kepada parti itu dalam pilihan raya umum akan datang kerana ia akan melemahkan sokongan akar umbi, khasnya jika ia dianggap tidak memberi manfaat kepada parti itu.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/11/pelantikan-timbalan-perdana-menteri-tidak-benar-kata-pmo/

CATEGORIES

COMMENTS