Agong perkenan isytihar darurat

Agong perkenan isytihar darurat

Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan supaya pengisytiharan proklamasi darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Menerusi kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsudin, Agong memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos depan atau sehingga tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/12/agong-isytihar-darurat/

CATEGORIES

COMMENTS