Muhyiddin mohon darurat bermakna ‘pengakuan’ tiada majoriti, kata Nazri

Muhyiddin mohon darurat bermakna ‘pengakuan’ tiada majoriti, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, menganggap tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon darurat sebagai pengakuan beliau sudah tiada sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia juga pengakuan bahawa Muhyiddin “sudah kalah”.

“Pada saya bila mohon darurat, bermakna buat pengakuan dia sudah kalah dan sudah tidak ada majoriti. Ini logik untuk dia minta darurat,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, selepas mengumumkan menarik balik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Nazri percaya permohonan darurat ini ada kaitan dengan pengumumannya hari ini.

“Itu saya fikir kenapa kejap minta perintah kawalan pergerakan (PKP) dan selepas itu darurat,” katanya.

Nazri merupakan Ahli Parlimen Umno ketiga yang menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin, selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, dengan penarikan balik sokongan ini, kerajaan hari ini hanya ada 109 wakil rakyat menyokong.

Sekurang-kurangnya 112 sokongan daripada 222 Ahli Parlimen diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Dua kerusi kosong susulan kematian penyandangnya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/12/muhyiddin-sudah-kalah-mohon-darurat-pengakuan-tiada-majoriti-kata-nazri/

CATEGORIES

COMMENTS