[VIDEO] Hutan simpan Segari Melintang digondol demi projek kuari batu?

[VIDEO] Hutan simpan Segari Melintang digondol demi projek kuari batu?

“Apa lagi nak diharapkan jika SANG PENGUASA pon sudah hilang pertimbangan terhadap Alam”

Aktiviti terkini di Hutan Simpan SEGARI MELINTANG, apabila si rakus terus menerus menarah dan mengondol hutan bagi tujuan projek KUARI BATU.

Untuk makluman, pada tahun 2016 beberapa NGO termasuk Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA dan penduduk setempat pernah mengadakan bantahan melawan pembalakan di kawasan ini.

Di sini juga kita boleh temui pelbagai khazanah alam yang kaya dengan flora dan fauna. Salah satunya ialah air terjun 7 tingkat Tanjung Batu (Teluk Sera). Tetapi kini segalanya telah musnah akibat dari projek ini (lihat gambar).

Lihatlah, hanya kerana mahukan keuntungan segera dan mudah, khazanah alam bukan lagi sesuatu yang penting bagi mereka. – BadrulHisham

CATEGORIES

COMMENTS