Gempar! Anwar kini sah sudah ada majoriti

Gempar! Anwar kini sah sudah ada majoriti

Semalam, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, majoriti Ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang Dipertuan Agong bagi memohon perkenan baginda agar mengugurkan pengisytiharan darurat.

Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang , warkah tersebut bukan untuk membantah kuasa Agong sebaliknya untuk merayu ihsan serta kebijaksanaan baginda bagi mengkaji semula alasan dikemukakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung nasihat perisytiharan darurat itu.

“Ya benar, sekarang ini Ahli Parlimen yang menulis warkah kepada Agong itu sudah mencecah lebih dari majoriti.

“Ia bukan membantah, tetapi merayu ihsan dan kebijaksanaan Agong untuk menimbang, melihat semula dan mengkaji alasan dibawa oleh Perdana Menteri yang tidak munasabah dan tidak cukup kuat.

 

“Jadi, kita mohon Agong untuk menimbang dan kita terima keputusan serta kebijaksanaan baginda.

“Surat kepada Agong itu telah dihantar kelmarin (Selasa)” katanya dalam sidang media secara dalam talian melalui Facebooknya.

Tambah Anwar lagi, tidak timbul soal Ahli Parlimen menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tindakan mereka mengutus warkah itu sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

Ini kerana, tegas beliau, warkah itu semata-mata bagi menyampaikan hujah Ahli-Ahli Parlimen mengenai pengisytiharan darurat yang dikuatkuasakan ketika ini atas nasihat yang dilihat salah oleh Perdana Menteri kepada Agong.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Pengarah Pilihanraya UMNO menjelaskan, mengutus surat kepada Agong bukannya satu bentuk penderhakaan seperti didakwa bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa.

Beliau sebaliknya berkata, langkah diambil itu adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang ada.

“Saya sokong tindalan Presiden UMNO. Tidak ada salahnya mengutus surat pada Agong.

“Utus surat pada Agong bukan satu penderhakaan seperti tuduhan Annuar.

“Masa dia (Annuar) muda, dia yang bantai institusi raja. Kita dalam UMNO jaga kedaulatan Raja-Raja,” tambahnya lagi.

Apakah yang paling mudah untuk difahami daripada kenyataan Anwar bahawa majoriti Ahli Parlimen sudah mengutus surat kepada Agong itu?

Ia dengan jelas menunjukkan bahawa Anwar sudah ada sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Parlimen di belakangnya.

Ini sekaligus mengesahkan sekali lagi bahawa Muhyiddin sudah kehilangan atau tiada lagi sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Dengan itu, bukan saja nasihat Muhyiddin kepada Agong ketika beliau mencadangkan darurat dilaksanakan sebelum ini boleh dipertikaikan, malah berdasarkan surat daripada majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang sudah sampai ke Istana Negara sejak Selasa lalu bagi memohon ihsan dan pertimbangan baginda mengkajinya semula darurat itu, ia dengan sendirinya menunjukkan kedudukan Perdana Menteri sudah menjadi minoriti.

Untuk itu, sangat-sangatlah diharapkan pertimbangan serta kebijaksanaan Agong untuk menyelesaikan segera kemelut politik dalam negara ini daripada terus berpanjangan.

Selagi pihak yang tiada sokongan majoriti atau sudah jadi minoriti terus dibenarkan berkuasa, selagi itulah ketidaktentuan dan kecelaruan tidak akan berkesudahan.

Daulat Tuanku. (Shahbudindotcom 21/01/2021)

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    tinder dating app , what is tinder https://tinderdatingsiteus.com/

  • comment-avatar

    tadalafil cost – canadian online pharmacy tadalafil generic tadalafil 20mg

  • Disqus (0 )