MB Perak tinjau 2 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19

MB Perak tinjau 2 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19

Semalam meluangkan masa meninjau dua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Arena Badminton Perak dan Ulu Kinta, Ipoh.

Selain mendengar taklimat mengenai operasi harian di PKRC terlibat, sempat bertanya khabar para anggota frontliners dan pesakit yang ditempatkan di sana.

Walaupun dalam suasana serba tidak menentu sekarang, saya terharu dengan kesungguhan para petugas frontliners yang tetap tabah memberi bantuan sewajarnya kepada para pesakit yang amat memerlukan perhatian.

Dalam keadaan angka kes COVID-19 yang terus meningkat, tugas mereka pastinya akan lebih mencabar dan tentunya menuntut kesabaran dan kecekalan.

Justeru, saya merayu kepada rakan-rakan di luar sana supaya membantu mereka dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Jika kes menurun, maka beban tugas yang mereka pikul dapat sama-sama kita ringankan.

Kepada para pesakit, saya memahami situasi sukar yang mungkin dihadapi termasuk menyesuaikan diri dengan suasana di PKRC, gelisah menunggu keputusan ujian selain terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Saya harap mereka tabahkan hati dan kuatkan semangat menghadapi tempoh sukar ini. Sepanjang berada di PKRC, berilah sokongan moral antara satu sama lain.

Jangan putus ikhtiar. Jangan ada rasa putus asa. Saya dan rakan-rakan sentiasa mendoakan, mudah-mudahan anda semua dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan sihat, Insha-Allah.

CATEGORIES

COMMENTS