Panas! Pas bakal buat laporan polis terhadap Dap Perak

Panas! Pas bakal buat laporan polis terhadap Dap Perak

𝐃𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊, 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍, 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗

Ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang semakin teruk dan meruncing, masih lagi ada pihak yang mengambil kesempatan cuba untuk memburuk-burukkan keadaan.

Perkara ini dapat dilihat secara jelas apabila DAP Perak cuba mencetuskan kontroversi dan provokasi dengan mengaitkan persepsi buruk kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

DAP Perak dengan penuh tidak bertanggungjawab telah memainkan naratif bahawa Tuan Guru Haji Hadi mengeluarkan dalil saban hari untuk menyesatkan rakyat.

Dalam hal ini, kenyataan DAP Perak sangat tidak beradab dan menimbulkan tanggapan yang salah kerana telah menimbulkan fitnah kepada Presiden PAS.

Malah, DAP Perak juga dilihat seolah-olah terdesak apabila cuba mengaitkan Ustaz Ebit Lew dalam isu ini demi meraih perhatian daripada rakyat dan berkemungkinan besar bakal memberikan impak yang buruk.

Adakah DAP Perak masih lagi ingin bermain politik ketika negara sedang berhadapan dengan saat genting apabila angka peningkatan kes akibat COVID- 19 semakin meningkat?

Adakah DAP Perak masih tidak mengambil pengajaran apabila ramai dalam kalangan wakil rakyat termasuklah menteri turut dijangkiti COVID-19?

Sudah-sudahlah DAP. Usah lagi menjadi batu api yang cuba memburuk-burukkan Presiden PAS dengan membandingkan beliau bersama Ustaz Ebit Lew.

Hakikatnya, Ustaz Ebit Lew sendiri menghormati dan menyanjungi Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai seorang ulama’ besar.

Lantas, DAP pula yang lebih sudu daripada kuah untuk cuba menjadi pihak yang melaga-lagakan antara umat Islam?

Oleh itu, PAS Perak akan mengambil tindakan laporan polis di seluruh 24 kawasan parlimen di negeri Perak terhadap FB Page DAP yang biadap ini supaya DAP Perak diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa atas kenyataan fitnah dan tidak bertanggungjawab ini.

HAFEZ SABRI
(KETUA PENERANGAN
PAS NEGERI PERAK)

 

CATEGORIES

COMMENTS