Panas! PAS buat report polis seluruh negeri terhadap DAP Perak

Panas! PAS buat report polis seluruh negeri terhadap DAP Perak

LAPORAN POLIS TERHADAP FACEBOOK PAGE DAP PERAK

JUMAAT | 22 JANUARI 2021
PAS Kawasan Padang Rengas telah membuat laporan polis terhadap kenyataan di facebook DAP Perak yang berunsurkan fitnah teehadap Presiden PAS, Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Laporan polis dibuat di IPD Kuala Kangsar yang diketuai oleh Ust Azizi (Naib YDP PAS Kawasan Padang Rengas) bersama- sama Setiausaha dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas.

Kenyataan media ketua penerangan PAS Perak sebelum ini menyatakan bahawa PAS Perak akan mengambil tindakan laporan polis di seluruh 24 kawasan parlimen di negeri Perak terhadap FB Page DAP yang biadap ini supaya DAP Perak diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa atas kenyataan fitnah dan tidak bertanggungjawab ini.

CATEGORIES

COMMENTS