PKP tak disambung selepas 4 Februari?

PKP tak disambung selepas 4 Februari?

PKP TAK DISAMBUNG SELEPAS 4 FEBUARI ?

Ikut laporan media, kata Ketua Pengarah kesihatan Dr Noor Hisam, PKP mungkin tidak disambung selepas 4 Febuari.. agak pelik kenyataan ketua Pnegarah Kesihatan mendahului Ismail Sabri dari MKN.. ?

Tapi bak kata DG Nor Hisham, ” I am only a messenger” dengan maksud mudah difahami.. mungkin dia nak bagi Hint..dia tukang sampai.. atau mat Despatch dalam kerajaan tebuk atap.. Segala keputusan tu kerja orang lain…

Aku menjangkakan, Dr Nor Hisham cuba meredakan kegelisahan Pelabur Asing.. Syarikat Asing.. Maklum lah dah tersebar Surat Dewan Perniagaan Eropah-Malaysia (Eurocham) kepada ahlinya membayangkan sekatan lebih ketat berkemungkinan dilaksana selepas 4 Feb..

Reaksi Pasaran Saham hari ini cukup teruk.. kita tak bimbang Soal Pasaran Saham, Tetapi bagaimana kalau Syarikat Eropah meninggalkan Malaysia secara beramai ramai ? Kesannya cukup teruk kepada Ekonomi apalagi pengangguran.. Kesannya cukup besar..

Apapun aku menjangkakan.. Kemungkinan PKP akan disambung, Setidaknya diperketatkan SOP menjelang Tahun Baru China pada 12 Febuari.. Sebab sebarang kelonggaran lagi menjelang Perayaan seperti cuti Krismas hari tu akan beri kesan besar kepada penularan wabak Covid-19..

tapi tak tahu pulak kalau keraajan PN tebuk Atap ni takut dengan MCA nak benarkan rentas Daerah negeri sebab orang MCA nak beraya.. 😉

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS