Wan Azizah calon terbaik pimpin negara hadapi wabak Covid-19

Wan Azizah calon terbaik pimpin negara hadapi wabak Covid-19

DR WAN AZIZAH CALON TERBAIK MEMIMPIN NEGARA MENGHADAPI WABAK COVID-19..

Bila aku sebutkan semalam Dr Wan Azizah sesuai memimpin Negara ketika kita menghadapi wabak Covid-19.. Dan kita perlu mengenepikan kecenderungan dan matlamat Politik peribadi atau parti..

YDP Agong boleh memilih seorang PM Interim baru sebagaimana kebijaksanaan Sultan Perak memberi ruang kepada Perak memilih seorang MB yg baru ketika semua tidak punya cukup sokongan.. Muhyidin bukan saja jelas hilang sokongan majorit MP..dan jelas Gagal menangani wbaak Covid-19..dia seorang yg gagal..

Ramai yang pandang sinis.. Hat penyokong PKR anggap sebab ita tak suka Ds Anwar..Hat Penyokong PAS pulak menuduh Wan Azizah tak mampu buat keputusan…Tak pandai Bercakap..

Ini Masalah dari kita, Bercakap atas Kecenderungan.. Bukan atas fakta dan track record seseorang… Nak jadi pemimpin ni bukan kena pandai bercakap..Tapi Pandai bekerja.. Pandai Mengurus.. Dulu di Selangor , orang UMNO menuduh Ts Khalid MB Gagap.. Tapi ia bukanlah fakta menafikan sifat Qawwi Al Amin yang ada pada seseorang… Lihatlah pencapaian Mereka..

Hatta Kita tak perlupun seorang yang Alim.. Kalau itu ukuran dia.. Nabi SAW dah pilih Abu Dzar menjadi pemimpin dan memegang Amanah.. Aku masih ingat bagaimana Haji Hadi dulu memperlekehkan dan menghina kemampuan Dr Wan Azizah ketika krisis MB Selangor..Hakikatnya Wan Azizah berketrampilan jauh lebih baik ketika Menjadi PM berbanding ketika Haji Hadi jadi MB Terengganu…

Kita Boleh tengok bagaimana Wan Azizah disambut di sidang OIC, Bagaiamana dia berbicara di Brussels Belgium dalam Sidang ASEM.. Belum tentu Haji Hadi mampu berinteraksi di dunia antarabangsa seperti Wan Azizah.. Bagi aku Bila Tun Dr Mahathir mewakilkan Dr Wan Azizah dalam satu persidangan yang besar seperti OIC, Ia sebagai bukti Dr Wan Azizah cukup berkemampuan.. Ini Fakta..

Soal Dr Wan Azizah ni bukan Soal dia isteri Ds Anwar..Memang dia ada kelulusan dan Kemampuan..Ketika PH memerintah kenapa wabak ditengani dengan Baik ? Sebab Perdana Menteri kita Tun Mahathir adalah seorang Doktor.. Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah yang mengetuai NADMA/MKN juga berkelulusan dalam bidang perubatan dari Royal College of Surgeon, Ireland..

Hatta Menteri kesihatan kita Dr. Dzulkefly bin Ahmad juga doktor dalam bidang Toksikologi dari Imperial College, St. Mary’s Hospital Medical School, Universiti London.. malah timbalannya Dr Lee Boon Chye merupakan seorang doktor pakar jantung di Ipoh Specialist Hospital..

Depa yang memimpin negara ini bukan calang2 orang..Depa ni bukan pemegang sijil Palsu.. Dr Wan Azizah sendiri satu satu nya anak melayu, muslim yang mana namanya sampai hari ini terpahat sebagai pelajar perubatan terbaik (Gold Medal) Di Univ Royal College of Surgeon, Ireland..

Bayangkan Masa belanjawan 2020 dibentangkan Nov 2019..Ketika itu masih belum tersebar wabak Corona, Tetapi Kita jauh lebih Bersedia.. bayangkan virus Influenza ini bukanlah isu Besar..tetapi pada Belanjawan 2020 satu program vaksinisasi diperkenalkan untuk diberikan percuma kepada bayi baru lahir,

ketika itu diperkenalkan suntikan vaksin pneumokokal secara percuma dengan peruntukkan RM 60 Juta dalam belanjawan 2020 kepada bayi baru lahir bagi memperkuatkan antibodi mereka dari serangan penyakit terutama Paru paru terutama menyentuh virus Influenza.. DR Wan Azizah tidak segerakan pembinaan Dewan di Pematang Pauh atau Pandan.. Tetapi Vaksin untuk ratusan ribu anak yang baru lahir bagi menguatkan imunisasi mereka..Sedangkan ketika itu ia bukan perkara yg mendesak…

Malah dalam Kenayataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dalam kita menghadapi wabak Covid-19 Mac tahun lalu..Masa tu ia masih belum ada nama pun..Ia dikenal sebagai Corona Virus.. Tetapi Malaysia pada Disember 2019 dan Belanjawan 2020 telah memperuntukan Perbelanjaan yang besar dengan Persediaan menghadapi wabak Covid-19..

Cuma lihat hari ini..Apa guna Dharurat ? Pada awal Disember Pakar kesihatan China dan US sudah pun berikan amaran..Apa yang mereka buat.. Tidak ada langsung persediaan…yang ada Dewan MAEPS yang telah tersedia sejak tahun lepas..Dan peruntukan yang ada kita tak nampak pergi kemana…

Ketika awal Pandemik, Kita antara negara Asia tenggara yang terbaik tangani Covid-19..Hatta jauh lebih baik dari Negara Singapura.. Malangnya kita digagalkan dengan kejatuhan kerajaan dipilih rakyat dengan Kerajaan yang tertubuh atas kerja Khianat…

Jadi atas Track record cemerlang Dr Wan Azizah itu.. Selayaklah memimpin Negara seperti mana New Zealand jadi negara paling cemerlang yang dipimpin Jacinda Ardern, Manakala German dipimpin Angla Merkel dan kecemerlangan menteri luar Korea Selatan Kang Kyung menghadapi Covid 19 tanpa Lockdown Negaranya..

Nak jadi Pemimpin, Bukan kena pakai Jubah dan serban..Bukan kena alim dan pandai baca Doa dan bertakbir…Itu sebab dalam bab Kepimpinan ini, Bila ditanya kepada Imam Ahmad, Dalam keadaan tertentu bila wujud dan pertembung antara maslahah dan Mafsadah antara Sifat Fajir dan Qawwi Al Amin. apa kata Imam Ahmad ?

Jawab Imam Ahmad,

أما الفاجر القوي، فقوته للمسلمين، وفجوره على نفسه؛ وأما الصالح الضعيف فصلاحه لنفسه وضعفه على المسلمين. فيغزي مع القوي الفاجر…

” Orang fasik yang kuat(Berkeupayaan), maka yg kuat kemampuannya menguntungkan kaum muslimin. Sementara sifat fasiknya merugikan dirinya sendiri. Sedangkan orang soleh yang tidak kuat( Berkeupayaan ), maka kesolehannya hanya untuk dirinya, sementara ketidak mampuannya merugikan kaum muslimin. Dipilih perang bersama pemimpin yang kuat dan berkeupayaan meskipun fasik…”

kalau orang yang Fasiq yang berkeupayaan lagi boleh dipilih, Apalagi Wanita yang berakhlak dan Berkeupayaan seperti Dr Wan Azizah.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS